KUALA TERENGGANU, 1 Julai (Bernama) -- Usahawan di Pantai Timur perlu lebih aktif menyertai ekspo perdagangan di luar negara dalam usaha mengembangkan perniagaan masing-masing, kata Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Wilayah Timur Hasziah Mohd Yazid.
Ini kerana, katanya penyertaan usahawan dan syarikat dari Pantai Timur, termasuk Terengganu, di dalam ekspo perdagangan di luar negara amat sedikit berbanding syarikat dari Pantai Barat.
"Ekspo seperti Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dapat memberi pendedahan dan peluang kepada syarikat tempatan mencari rakan niaga, sekaligus mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara," katanya kepada Bernama di sini pada Khamis.
Beliau ditemui pada seminar Mempromosi Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2010 ke-tujuh yang akan diadakan di Nanning, Guangxi, China, dari 20 hingga 24 Oktober ini.
Yang turut hadir, Naib Setiausaha Sekretariat ekspo berkenaan, Gong Qijun dan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu Datuk Tengku Ismail Tengku Jaafar.
Seminar berkenaan merupakan yang terakhir dari beberapa siri promosi CAEXPO 2010 yang turut diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.
Menurut Hasziah, ekspo yang akan diadakan itu diharap dapat dijadikan platform untuk usahawan mengembangkan perniagaan masing-masing selain meneroka peluang yang ditawarkan.
Katanya China menjadi rakan niaga Malaysia yang terbesar dengan jumlah dagangan US$36.3 bilion.
"Hubungan ekonomi di antara Malaysia dan China juga telah mencatat pertumbuhan pesat dalam perdagangan dan pelaburan dalam tempoh 10 tahun lalu," katanya.
Walau pun menghadapi cabaran ekonomi dunia, katanya eksport Malaysia ke China mencatat pertumbuhan dua angka iaitu 12.2 peratus atau US$19.1 bilion pada 2009 manakala import Malaysia dari China menurun 9.3 peratus atau US$17.2 bilion.
Antara Januari hingga Mei 2010, katanya China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia dengan jumlah eksport ke China sebanyak US$19.1 bilion, iaitu pertumbuhan 89.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2009.
"Dengan perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACAFTA) mulai 1 Januari 2010, cukai untuk lebih 90 peratus barangan telah diturunkan sehingga sifar peratus. Ini diharap akan menggalakkan lagi perdagangan Malaysia dan China," katanya.
Beliau berkata Ekspo China-ASEAN juga boleh dianggap sebagai simbol kerja sama antara negara-negara ASEAN dengan China, yang tidak hanya di arena perdagangan dan pelaburan, malah juga pelancongan.
"Tahun lalu, 100 syarikat Malaysia menyertai ekspo ini dalam lima kluster industri iaitu makanan dan minuman, produk SME, Jenama Malaysia serta agensi kerajaan."
"Penyertaan Malaysia ini telah merekodkan jumlah jualan RM204.5 juta. Memandangkan Malaysia kini berazam untuk mengeksport perkhidmatan ke China. Untuk ekspo yang akan diadakan ini, kluster industri perkhidmatan turut ditambah," katanya.
-- BERNAMA
Saturday, July 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Lucky Streak Casino Near Santa Barbara - Mapyro
Find 보령 출장샵 all the information you need 부산광역 출장안마 about Lucky Streak Casino in Santa Barbara from Mapyro. Lucky Streak 경산 출장안마 Casino and Hotel. 익산 출장안마 San 광주 출장마사지 Bernardino.
Post a Comment